Pages

Sunday, May 31, 2009

Florida: Baik atau Merbahaya?

"Ubat gigi bukan hanya perlu Halal, malah ia mesti mengandungi florida"...kata seorang lelaki berpakaian serba putih lagak seperti seorang doktor gigi kepada seorang pesakit. Begitulah adegan dan dialog yang terdapat di dalam iklan televisyen tempatan mempromosi sebuah jenama ubat gigi.

Bagi masyarakat umum, tidak ramai yang tahu apa itu florida sebenarnya dan apa faedahnya kepada mereka. Malah mungkin kebanyakan orang sudah terpengaruh dengan iklan tersebut lalu memilih untuk menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida tanpa mengerti sedikitpun tentang bahan itu.

Florida pada asalnya diakui adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk menghalang kerosakan gigi. Ia telah digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu. Di Amerika, bekalan air domestik yang dicampur dengan florida telah berjaya mengurangkan masalah kerosakan gigi penduduk Amerika.

Walaupun begitu, ia hanyalah hasil yang diperolehi 2 dekad yang lalu. Pada abad ke 20- ini, penggunaan florida hari ini telah mendatangkan komplikasi kesihatan yang besar. Kenapa? Para pengkritik bidang perubatan berpendapat, keberkesanan penggunaan florida di dalam ubat gigi tidak pernah dibuktikan. Malah ia boleh menjadi merbahaya apabila diambil dengan memberi kesan neurotoksin, kanser dan florosis.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan ke atas tikus mendapati pelbagai tahap neurotoksin apabila tikus didedahkan kepada florida. Kajian pertama terbesar yang membuktikan florida menyebabkan neurotoksin dilakukan oleh Dr. Phyllis Mullenix pada tahun 1995. Semua teori awal oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini tentang 'kebaikan' florida didapati TERBUKTI SALAH. Tikus yang diberi minum air berflorida didapati bertindak diluar jangkaan berbanding tikus yang tidak diberi air berflorida.

Kajian lain juga mendapati florida menurunkan tahap I.Q kanak-kanak, selepas diambil kira faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan ibu bapa dan pendapatan keluarga.

Dalam kebanyakan kajian yang mendakwa florida tiada kaitan dengan kanser, ia sama banyak dengan kajian yang mendakwa sebaliknya. Ada kajian terbaru menunjukkan pertambahan pesakit kanser di kawasan bandar-bandar besar yang dibekalkan dengan air berflorida.

Florosis adalah kesan dari pengambilan florida yang berlebihan. Meminum air berflorida dan menggunakan ubat gigi berflorida merupakan antara faktor-faktor utama orang ramai terdedah kepada florida. Florosis menghasilkan hakisan gigi dan merosakkan enamel.

Di Kanada penggunaan florida adalah dikawal dengan ketat di mana penggunaan florida di dalam ubat gigi untuk kanak-kanak adalah sangat minimum.

Kesan jangka panjang yang lebih serius dari florosis adalah terhadap tulang.

Kesan-kesan buruk ini telah mengatasi faedahnya, meskipun para doktor gigi dan pakar kesihatan tidak bersetuju. Pengetahuan individu sebegini adalah penting untuk kita mengelak dari penggunaan florida demi membuat pilihan yang terbaik.


ikuti sambungan artikel ini selepas ini...

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

6 comments:

saya menggunakan ubat gigi 4life tiada florida, tiada buih berlebihan,hanya mengandungi xylitol, titanium dioxide, baking soda, coenzyme Q10 dan lactoferrin. 1 tube tahan 6 bln. masyarakat perlu sedar, hanya sedikit ubat gigi diperlukan(bukannya sepanjang bulu berus gigi)..

Alhamdulillah sy t'jmp artikel ni..lps ni kmi skeluarga takkan m'gunakan ubt gigi yang mengandungi florida..

sy guna ubat gigi mukmim..
tanpa florida..
diakui halal oleh PPIM

sy br je gunakan halalgel, tanpa florida... lebih kurg 2 minggu.. terima kasih atas artikel ni..

Sebb tu dlu jakim pernh nk mengharamkn pnggunaan florida tp dsebabkn kbnyakan ubat gigi dan air paip mngandungi florida tu sebb pemgharaman trsebut di tarik balik..

Air paip ada florida..pelik kan...kata dr gigi di bawah kkm yg mngikut telunjuk WHO, ianya untuk mengelakkan karies gigi di kalangan kanak2..padahal family saya yg hidup dgn air telaga x pernah pun ada masalah karies gigi..cantik je gigi budak2 ni..ooh..air telaga pun ada flourida? In fact lebih tinggi? Haa..inilah namanya ilmu kimia yg kita semua perlu tahu..flourida dalam air telaga dan air zam2 mmg tinggi tapi molekulnya adalah bentuk organik iaitu ciptaan Allah atau kata omputihnya nature form...yg diletakkan dalam air paip kita adalah synthetic form..hasil bahan buangan industri yg dah tak tahu nak campak ke mana...anda patut sedar semua ini..ada yg bergembira dengan setiap penyakit yg menimpa kita dan keluarga kita kerana ianya adalah sumber pendapatan untuk mereka...dan doktor2 muslim tidak sedar yg mereka diperalatkan..

Labels