Friday, February 10, 2012

Produk Sugar-Free Jadi Trend Terkini


Seorang sahabat membuka kotak plastik tertulis "sugar-free" kemudian memasukkan kandungan dari kotak itu ke dalam cawan minumannya. Lalu ia terus minum dengan penuh nikmat.

Saya bertanya, kenapa perlu gunakan ia di dalam minuman anda? Katanya dia mengalami diabetes. Doktor yang sarankan kepada dia gunakan produk ini sebagai ganti gula putih!

Nah! Siapa yang sarankan? Doktor!

Saya terus memberi maklumat yang mendalam tentang apa yang ada dalam produk 'sugar-free' itu. Saya katakan ia mengandungi bahan yang merbahaya iaitu aspartame dan ia dihasilkan oleh syarikat pembuat racun serangga iaitu Monsanto. Beliau tergamam, kelihatan seolah tidak percaya dengan kata-2 saya, seolah menganggap saya cuba bergurau apabila disebut syarikat racun serangga.

Memanglah kalau syarikat itu membuat racun serangga, tidak semestinya mereka meletakkan racun serangga dalam produk makanan mereka. Tapi teknologi yang diaplikasi dalam menghasilkan racun serangga yang tidak memerlukan mereka membuat kajian terhadap manusia - hanya untuk digunakan terhadap haiwan perosak sahaja. Tiada manusia yang mahu makan racun serangga kecuali mereka yang sudah tidak ingin meneruskan hidup lagi.

Aspartame mula ditemui secara tidak sengaja semasa kajian farmasitikal pada tahun 1965. Ia bahan kimia yang ditemui mempunyai rasa yang lebih manis dari gula.

Hari ini, syarikat-2 minuman gergasi telah mula menggunakannya sebagai pemanis 'semulajadi' ini sebagai ganti gula putih. Syarikat yang mula-2 mengkomersialkan aspartame ialah Nutra-Sweet. Kini, ia boleh ditemui di dalam produk Equal. Aspartame mengandungi 3 komponen utama iaitu metanol, asid aspartik dan phenylalanine.

Metanol adalah sejenis alkohol yang dipecahkan kepada beberapa komponen seperti formaldehyde dan asid formika yang boleh menjurus kepada kerosakan serius kepada tubuh manusia seperti mendapat penyakit kanser. Ia boleh berlaku dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Mengapa ia tidak diharamkan oleh Jakim? Anda boleh tanya sendiri dengan mereka.

Asid aspartik juga sejenis toksik "excitotoxin" seperti MSG. Phenylalanine pulasejenis asid amino. Memang asid amino baik untuk tubuh kecuali jika ia diasingkan dari tindakbalas protin di dalam tubuh.

Semua komponen ini akhirnya akan berakhir dengan merosakkan sistem saraf hingga menyebabkan sel-sel mati.

Saya tidak perlu ulas panjang lagi tentang kandungan ini. anda boleh dapatkan maklumat tentang aspartame di dalam post-post terdahulu ataupun buat carian Google.

Apa yang saya ingin pertikaikan di sini ialah saranan doktor-doktor kepada penderita diabetes supaya mengambil Equal atau Nutra-Sweet atau apa saja bahan yang mengandungi aspartame sebagai menggantikan gula. Ia bukan memperbaiki keadaan kesihatan mereka, sebaliknya makin merosakkan. Yang sedia menderita kencing manis kini akan berisiko mendapat kanser, darah tinggi dan penyakit jantung. Tidakkah ini tindakan yang sia-sia? Sebenarnya, doktor tidak peduli tentang kesan sampingan produk-2 seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dan saintis yang jujur. Pengetahuan mereka dipengaruhi dan dikuasai oleh ilmu arus perdana dan pengetahuan dalam lingkungan kotak. Para doktor bukan seperti jurutera. Doktor yang opportunistic tidak perlu berfikir di luar kotak. Segala jawapan ada di dalam 'kotak' mereka sahaja.

Para jurutera pula perlu berhempas pulas mencari idea di luar lingkungan.

Ia memberi pulangan dan peluang perniagaan kepada pengeluar disamping memberikan perniagaan kepada doktor-doktor konvensional apabila semakin ramai orang mendapat penyakit. That's right! Mereka menjana keuntungan dari penderitaan orang lain. Jika semua orang sihat, tiada siapa perlukan ubat. Dan sudah tentu Equal atau Nutra-Sweet tidak dikehendaki. Hari-hari makan sebiji epal, menjauhkan anda dari doktor. Jika anda ingin selalu bertemu dengan doktor, ikutilah nasihat dalam kotak para doktor.

Friday, January 6, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada para pembaca setia blog ini. Saya memohon maaf kerana sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini sejak September 2011 - dah hampir 3 bulan. Saya agak sibuk sepanjang tahun2011, terlalu banyak kerja yang perlu dilaksanakan, maklumlah sebagai seorang pereka grafik dan laman web, memang kerja saya tidak pernah putus. Kadang-2 terpaksa bekerja hingga lewat malam - itu salah satu ciri-ciri yang tidak baik untuk kesihatan, tetapi apakan daya, itu tanggungjawab yang perlu dibereskan. Bagaimanapun, saya akan cuba berusaha untuk meneruskan keinginan hidup cara yang sihat, tanpa bahan-bahan kimia dan unsur-unsur cemar lain seperti radiasi dan dadah-dadah berjadual.

Tidak ada apa yang ingin saya kemukakan di awal tahun ini selain mengucapkan semoga anda semua sentiasa hidup sejahtera di samping orang yang tersayang, dan teruskan mengamalkan kehidupan yang sihat, makan makanan yang asli tidak dipenuhi unsur-unsur kimia dan beracun.

Insyaallah saya akan muncul dengan artikel-artikel terbaru tidak lama lagi.

Sunday, September 18, 2011

Sirap Jagung Bukan Dari Alam Semulajadi


Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat, pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.

Antara makanan yang mengandungi sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) ialah:
  • sebahagian besar produk Kellog's
  • sebahagian besar produk Heinz
  • sebahagian produk Kraft
  • sebahagian produk cokelat Hershey's
  • ais krim
  • Pepsi
  • Coca-Cola
  • Sprite
  • A&W
  • produk minuman Capri-Sun
  • emping jagung
  • minuman berkarbonat
  • minuman jus campuran
  • coklat
  • produk susu
  • jem
  • sos cili dan tomato
  • sos lada hitam
  • sos tiram
  • minuman kopi segera
  • roti
  • muffin
  • kek
  • snek
  • butter
  • pastri
  • biskut
  • bijirin
  • ubat batuk
  • ubat batuk Vicks
  • yogurt
  • sup Campbells
...dan banyak lagi.

Jika saya mahu senaraikan semuanya di sini, mungkin saya memerlukan 3 atau 4 halaman blog ini.

HFCS sepatutnya disenaraikan dalam senarai teratas sekali sebagai kandungan bahan makanan yang merbahaya kerana ia tiada serat dan mengubah sifat glukos kepada fruktos yang lebih manis. Ia juga mengandungi kalori yang tinggi. Ia lebih murah dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.

Bagaimana ia membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin - unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had.

Pada kajian yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.

Elakkan dari membeli produk-produk yang mengandungi HFCS. Lebih baik anda dapatkan gula semulajadi dari buah-buahan kerana di situ terdapat fiber dan anti-oksidan.

Pendapat Yang Salah Tentang Plastik

Ada cakap-cakap yang saya dengar bahawa plastik yang bernombor 5 ke atas adalah selamat digunakan. Kenyataan ini sebenarnya tidak benar sama sekali kerana kita ketahui bahawa nombor 5 mewakili polypropylene (PP). Walaupun tindakbalasnya lambat terhadap pemanasan, ia tetap tidak selamat digunakan dalam jangka masa yang agak lama.

Seterusnya, nombor 6 mewakili polystyrene (PS), antara yang paling merbahaya kepada kesihatan manusia. Begitu juga nombor 7 yang diwakili oleh plastik jenis lain-lain termasuk polycarbonate (PC) yang telah diharamkan penggunaannya di Malaysia.

Anda boleh rujuk di sini.

Jauhkan Diri Dari Florida


Salah satu cara paling cepat untuk menyerap apa saja ke dalam tubuh ialah melalui mulut. Ini salah satu sebab beberapa jenis ubat-ubatan seperti rawatan jantung dan pengurangan kesakitan diletak di bawah lidah. Oleh sebab itu, anda sepatutnya sedar bahawa potensi kandungan toksik di dalam ubat gigi dan pembersih mulut juga akan diserap ke dalam tubuh dengan cara yang sama.

Malangnya, pakar pergigian fikir mereka tahu apa yang mereka cadangkan kepada anda tanpa mempedulikan kesan-kesan negatif.

Berikut adalah senarai potensi kandungan toksik yang terdapat di dalam produk ubat gigi dan produk "penjagaan" kesihatan dan alasan-alasan yang dikhuatiri tidak dipedulikan oleh pakar-pakar pergigian:

1. Florida (fluoride) - Amaran FDA pada ubat gigi mengandungi fluoride: AMARAN, jauhkan dari kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Jika tertelan, hubungi doktor secepat mungkin.

Ubat gigi kanak-kanak selalunya mengandungi perasa seperti strawberi atau gula-gula getah yang mungkin menelannya. Ia boleh mendatangkan masalah memandangkan dengan hanya tertelan sedikit sahaja boleh mendatangkan risiko serius. Florida juga bertindak menghakis lapisan luar gigi secara perlahan-lahan malah ia bukan memutihkan gigi, sebaliknya menghilang warna putih menjadikan warna gigi bertukar kepada transparent.

2. Triklosan (triclosan) - Ejen antibiotik ini digunakan di dalam berbagai produk termasuk sabun pencuci pinggan mangkuk, sabun pencuci tangan, deodoran, ubat gigi dan pencuci mulut.
Pada Ogos 2009, Pertubuhan Perubatan Kanada meminta kerajaan mereka mengharamkan penggunaan triklosan di dalam produk-produk penjagaan diri. Dalam kajian pada 2006 dan 2009 menunjukkan pendedahan kepada triklosan kesan kepada penghasilan hormon thyroid. Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit pula melaporkan bahawa kekerapan penggunaan produk antibiotik boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria yang bertahan kepada kebanyakan antibiotik dan membawa kepada kematian.

3. Sodium Lauryl Sulfate - Para pengkaji mendapati penggunaan SLS mengeringkan lapisan mukus yang mengelilingi kawasan dalam mulut, membuatkan ia terdedah kepada kerosakan tisu yang menyebabkan keputihan di dalam mulut. SLS terdapat di dalam kebanyakan ubat gigi, pencuci pinggan mangkuk dan pembersih badan.

4. Pengikir (abrasives) - Gigi sensitif disebabkan banyak faktor. Sesetengah gigi sensitif disebabkan oleh ubat gigi yang menggunakan pengikir. Ubat gigi yang mengandungi pemutih dan kawalan tartar juga mungkin mengandungi pengikir yang lebih kuat. Ia bertindak mengikis lapisan luar gigi dan menanggalkan kekuningan. Di dalam bengkel besi, alat kikir atau kertas pasir digunakan utuk mengilatkan lapisan permukaan logam.

5. Pemanis tiruan - Bayangkan sesetengah ubat gigi juga mengandungi pemanis tiruan iaitu saccharin. Apakah tujuan ia perlu diberi pemanis? Adakah untuk memberi sensasi kepada kanak-kanak supaya menelannya? Di Kanada, penggunaan saccharin masih tidak dibenarkan.

Di sini, saya ingin membangkitkan hal yang sering kita dengar dan lihat di TV bahawa syarikat-syarikat pengeluar ubat gigi sering mengiklankan bahawa ubat gigi yang baik perlu ada florida. Walaupun ia diiktiraf halal, sebenarnya florida & triklosan adalah 2 jenis bahan yang merbahaya. Seboleh-bolehnya, jauhkan dari membeli ubat gigi yang mengandungi florida & triklosan. Saya tidak dibayar oleh sesiapa untuk menulis artikel ini. Saya juga tidak pernah bertemu dengan pengeluar produk ubat gigi yang tidak mengandungi florida atau triklosan. Apa yang disarankan di sini adalah hasil dari maklumat-maklumat yang saya perolehi dari pelbagai sumber yang terlalu banyak menyatakan bahawa kedua-dua bahan ini adalah merbahaya, dan ia tidak sesuai untuk penggunaan di dalam tubuh lebih-lebih lagi jika diletakkan di dalam mulut.

Iklan yang keterlaluan dan sering diulang setiap hari di media mampu mempengaruhi masyarakat untuk menerima idea bahawa florida baik untuk penjagaan kesihatan, padahal ia membawa kesan sampingan yang tidak pernah dinyatakan di mana-mana media perdana tempatan selain dari blog ini. Sepatutnya ada komuniti tertentu yang membuat kajian secara mendalam dan tampil untuk memberikan penerangan kepada orang ramai apa itu florida dan bahayanya kepada pengguna. Kempen yang semakin hari semakin galak menyebabkan masyarakat semakin percaya dan mudah tertipu dengan kehendak pengusaha yang hanya tahu untuk melariskan jualan sahaja.

Terpulang kepada anda, sama ada untuk terus menggunakannya atau bertindak sekarang, buang semua produk yang ada di rumah anda, gantikan dengan produk yang lebih selamat.

Sumber imej:
www.actionpa.org/fluoride/
www.thebestwaterfilters.com/fluoride.html

Blogger Templates by thesecretmedicines.blogspot.com. Supported by webshotsdigital.com. Powered by Blogger